Friday, March 5, 2010

Dia sudah mula tua.. Tua dengan masa yang berlalu pergi meninggalkan aku sambil membawa semua kenangan aku.. Aku terlalu lambat untuk mengejarnya.. Aku terlalu jauh untuk mencapainya.. Katanya sudah tiba masa aku berada di tahap lain.. Jangan harapkan masa lalu untuk membina masa hadapan.. Tapi memori aku semua di belakang aku..

Haruskah aku berlari pergi meninggalkan ini semua kerana aku ingin mengejar apa yang ada di hadapan sana yang aku sendiri tidak tahu apa yang menanti aku di sana.. Aku takut untuk mengambil langkah baru.. Kalau2 aku tersalah langkah.. Aku takut untuk alami kegagalan.. Bukan aku tak mahu.. Aku ngaku aku takut.. Tapi kerana memori lalu aku hidup dan membesar.. Aku akan menyesal seumur hidup jika aku melepaskannya..

Tak salah kalau aku nak bawa memori ini sebagai semangat aku untuk me;angkah ke hadapan.. Bukan niat aku.. Bukan aku minta.. Tapi aku menginginkannya.. Jangan tanya apa yang aku inginkan.. Apa yang diingini.. Apa itu keinginan.. Itu semua hanyalah persoalan kosong yang sial2 belaka.. Kasarnya aku hanya pada tulisan.. Hati ini masih merah namun sudah ada tompokan titik hitam.. Jika di biarkan lama maka hitam sudah jadi hati itu.. Lalu menenggelamkan warna merah..

No comments:

Post a Comment