Monday, June 29, 2015


People can change just a second.. Dan selalunya manusia berubah kerana keadaan tersebut.. Pelik.. tapi itulah hakikat..

Kau takkan pernah paham........ dan kau takkan paham... sebab apa... sebab kau juga berubah.... tapi kau sendiri x sedar... so maksudnya kau sendiri tak paham apa yang kau nak sebenarnya.... sebab tu kau asyik berubah.... berubah dan terus berubah......


Cuaca sangat panas dan bahang.. Da berapa malam aku tido x pakai selimut.. bahang gila... so untg siapa yang pakai aircond kat umah... tpai still de keburukan die gak sbb bila korang da terasa sejuk dan bila keluar cuaca yg panas dia akn buat badan korang akan rase x sedap.. so mula la nak demam bagai.. aku pun badan ngah sakit2.. pastu cuaca plak camni.. mmg serius rse nk demam and sakit kepala.. pastu banyak fikir lagi dengan kepala yg semak.. banyak benda yang x settle..

Kompom minggu ni aku akan rse semak gila... dengan start rabu sampai jumaat budak2 psh semua dicutikan.. pastu xde siapa yg nk cover aku... aku kerja sorang2.. aduiyai! da la bulan puasa.. mmg dugaan betul.. aku harap kesihaan aku makin baik.. sbb camne aku nk handle unit yg paling top sorang2 kalu aku sndiri x sihat.. Hurmmm... hope sakit tu pergi lepas aku tido jap g...

Saturday, June 6, 2015



Tadi aku jumpa si dia.. Da lama aku tak jumpa dia.. dan aku sangat rindu.. dan setiap kali balik keje mesti aku akan cari dia... so td masa aku sangat berharap dapat jumpa dia akhirnya termakbul.. tapi yg x bestnye bila aku g kat die ngan hati yg sangat happy tetibe die lari pastu nyorok bawah kereta.. Hurmmm... sakit plak hati aku sbb aku memang cari die.. tapi bila da jumpa depan mata tapi die lari plak.. haish! rindu nk pegang die.. nk belai die.. hope dapat jumpa kau lagi si meow yg comel debab...
KAROKE.........

Best gak kalo g karoke.. Da lame x karoke nie.. Hahahaa.. Sekarang ni cam2 lagu aku nak nyanyi tapi kang da smpai sne mesti aku x tau nk nyanyi lagu pe.. Huhuuu...
A STORY.....

Sejak akhir2 ni aku asyik layan satu movie nie.. aku suka sangat tengok hero and heroin die.. Bila lihat dorang aku asyik terbayangkan dia.. Hurmmm.. Love.. Romance.. and everything... Aku x bole nk bgtau title die dekat sini.. sbb it's quite????? Aku tau pasal movie ni pun dari kawan aku and pas tgk ost die.. pastu try cari full movie x dapat.. at last minggu lepas aku dapat full movie die and dapat copy and tgk.. dan die menjadi viral dekat opiz aku... Huhuuu.. itu pun sbb kitorang kecoh gila ok.. hahahaa... tp die sangat best.. just for the ending mmg x best.. maybe part 2?

Sejak akhir2 ni aku asyik nak tgk cerita cinta jek.. Hurmmmm.. masalahnya bila aku tgk mesti aku igt die.. and I will keep thinking about him....

Thursday, June 4, 2015



Sebenarnya aku benda nak story kat dalam ni tapi aku lupa apa die.. huhuhuuuu.... Ok la.. aku nk rehat and tido... kalau ada rezeki bole borak ngan si dia kalau die free....... good night everyone..........



aku rindu sangat dekat die....... aku ingat dulu kalau borak tiap2 ari mesti lebih 1 jam... sebab telefon saja yg jd perantara perhubungan kami.. in shaa Allah nnt da makin dekat bole tengok tiap2 ari..=) always miss you so much...... 



BULAN

Bintang-bintang berkedipan hilang di sebalik awan... Tiada kedipan yang menemani bulan yang keseorangan.. sombong sekali bintang dengan membiarkan bulan seorang... tamaknya bintang kerana mempunyai ramai bintang yang menemani bintang.. tapi ia tetap masih tidak mampu menerangi bumi di waktu malam sekiranya tiada bulan.. walapun dia banyak tapi die tetap tidak dapat menandingi bulan yang satu.. itulah kelebihan bulan...

Celakanya si bintang mengejek si bulan yang keseorang.. enak mentertawakannya.. tapi bulan tetap tabah bertahan hingga ke pagi.. malah masih setia menunggu sehingga matahari muncul menenggelamkan si bintang2 yang bertempiak lari...

Bahasaku sungguh dalam untuk difahami... tapi percayalah itu adalah satu emosi yang sangat indah yg harus aku luahkan.. tak tertahan untuk aku memendamkannya.. harus dimuntahkan ia dari kepala otak aku hingga membuat jari jemari ku kembali menari di keyboard.. bukan untuk menjadi keyboard warrior... tp hanya untuk melepaskan rindu.. 

HUMAN......

As human being kita cuba untuk hidup yang lebih baik... As human being kita akan ada pelbagai emosi.... As human being kita tidak akan lari dari menghadapi sesuatu masalah.. sebab kerana sesuatu masalah itulah yang akan mematangkan seseorang manusia itu untuk menjadi yang lebih baik... kenapa kekadang sampai terpaksa melihat pengorbanan orang lain baru nak kita nak sedar diri... Hurmmmm... 

Emosi malam ni agak suram disebaik awan malam yang mendung gelita... sambil dengar lagu semuanya yang hanya buat aku mengalirkan air mata... sedey pn ada... jangan tanya kenapa? ada masa manusia itu sangat tamak akan ingin memiliki segalanya yang mungkin bukan miliknya... tapi dia tahu hak die tapi die tak mampu nak terima hakikat yang dia bukan seorang di dunia ini...  

Tuesday, June 2, 2015



Aku tak tau sape yang rajin tengok blog aku.. sebab aku bole tau berapa view every each post yang aku post.. kalau de satu view tu aku tau sape yg akan baca.. tapi kalau da lebey dari a few view so siapalah yang rajin baca blog aku.. tapi apa-apa pun aku harap orang yang sentiasa setia rajin bace blog ni akan sentiasa bahagia hingga akhirnya.. amin

PALING PANTANG...

Aku paling pantang bunyi yang bingit gila yang memekak time malam.. even siang pun kalau aku dengar memang aku sakit hati gila.. kiranya bunyi nyaring tu bole buat darah aku naik sekali.. Huh! Kenapa tetibe aku bangkitkan pasal hal ni sebab td aku baru jek dengar ntah budak bangang mana yang gi press minyak kereta die time2 malam nie.. aku x kesah kalau kau nk press minyak tu sekuat hati kau.. maybe kau nak test ekzos ko ke.. tapi masalahnya tempat yg kau nk test tu tak kena.. da sah2 ni kawasan neighbourhood.. kau respectlah sikit dekat orang2 yang tinggal kat sini.. lagi2 yg de baby.. huish! memang aku bengang gila td.. bodoh bangang punya budak... Aku doa ekzos kereta kau kena curi.. so xde kau nak memekak lg kat sini...

Monday, June 1, 2015


Aku ni secara mata kasar memang kasar... serius... sometimes kalau aku buat perangai kasar aku tu mesti orang takkan percaya dengan muka aku yang comel nie.. hahahaaa... Sometimes gak aku akan jadi sangat pemarah.. bila mood aku x ok.. akan ade jek orang2 yang akan buat aku annoying gile.. dengar suara pn da buat aku annoying.. tapi kalo mood aku ok jek dorg buat lawak sket jek da buat aku ketawa tidak berhenti.. Hurmmm.. pelik kan sifat manusia nie.. kadang2 aku x bole nak kawal... kadang2 tu ada gak aku bengang... tapi bila org tu tengah de prob tetibe aku jadi kesian plak.. hurmmm... pelik... pastu pasal dua orang yg saling membenci.. dengar suara pn da meluat.. tapi bila da berbaik bole terus bergurau senda.. xde plak nk benci nk meluat dengar suara nyaring tue.. sebab apa.. sebab hati tu da bersih dan dan xde sifat amarah tu... jadi sila jauhkan perasaan benci dan sifat amarah itu dalam diri kita semua agar hati kita tidak menjadi hitam...

SYUKUR...

Tidak semua orang diberikan peluang yang keTIGA.. Kenapa keTIGA bukan keDUA? Ini kerana bagi aku kita mampu mendapat peluang kedua itu.. Namun jika terlepas atau mensia-siakan peluang kedua itu kita tidak mungkin dapat peluang ketiga itu.. bagi aku semua orang akan buat silap. tiada manusia yang sempurna.. jadi apalbila kita telah melakukan kesilapan untuk pertama kali kita akan mampu untuk mendapat peluang kedua jika kita berusaha mendapatkannya... namun jika kau dapat peluang kedua itu dan kau sia-siakan dia kau tidak akan dapat peluang yang ketiga.. dan sekiranya itu berlaku.. percayalah.. ia akan memberi satu kesan yang sangat besar dalam hidup kau dan kau akan rasa yang kau dah xde apa-apa.. 

Oleh demikian, silalah hargai apa yang ada dengan diri kau sekarang... ada juga orang yang mendapat peluang ketiga itu dan bila dia dapat peluang itu baru die sedar apa itu sifat menghargai.. bagi sesiapa yang mendapat peluang yang ketiga itu kalau kau tak bersyukur juga aku x tau nk cakap apa.. jangan sampai orang takkan pandang kau sikit pun.. jadi sebelum terlambat silalah ubah diri kau untuk lebih menghargai dan lebih memahami dan lebih setia dan lebih bahagia...


Assalamualaikum kepada semua...

Dah lama aku tidak menaipkan jari jemariku di papan kekunci dengan lajunya.. dan dalam masa ini juga sudah banyak perkara yang berlaku di sekeliling aku.. ada yang happy dan bahagia.. dan ada juga yang berita yang kurang baik.. dan aku turut bersimpati.. ini kerana apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.. 

Aku ingat dahulu tatkala otak aku masih ligat memikirkan bait2 kata yang ingin aku luahkan di blog ini.. macam2 yang ingin aku cerita.. namun sekarang otak aku bagaikan kurang berfikir dengan jauhnya... segala ilham2 yang ada terus hilang sedikit demi sedikit.. mungkin kerana aku sendiri.. oleh demikian, aku akan cuba buat otak aku mula kembali ligat memikirkan ilham2 yang akan menjadi peneman ku tatkala aku menuliskan duniawi yang penuh dengan fantasi dan reality... aku mahu orang baca cerita ku dengan penuh rasa dengan pelbagai emosi.. aku mahu orang rasa apa yang aku rasa.. aku mahu orang tau dan faham apa yang aku cuba sampaikan.. in shaa Allah...

Aku akan cuba menulis di blog ini dari semasa ke semasa.. aku akan cuba mengasah kembali otak aku agar tidak jauh ketinggalan dengan dunia semasa.. aku tak mahu cerita yang aku akan buat orang merasa aku ni ketinggalan.. aku mahu orang tau yang aku turut mengilhamkan cerita ku mengikut peredaran masa yang ada... akan tiada lagi telegram jika handpone menjadi pengganti... akan tiada lagi surat jika msg.. whatsap menjadi penghubung yang ringkas dan cepat... aku mahu madah aku menjadi madah bergaya dan bukannya madah berhelah.. 

Dunia.. kau akan terus kekal dengan pelbagai rahsia...