Monday, June 1, 2015



Assalamualaikum kepada semua...

Dah lama aku tidak menaipkan jari jemariku di papan kekunci dengan lajunya.. dan dalam masa ini juga sudah banyak perkara yang berlaku di sekeliling aku.. ada yang happy dan bahagia.. dan ada juga yang berita yang kurang baik.. dan aku turut bersimpati.. ini kerana apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.. 

Aku ingat dahulu tatkala otak aku masih ligat memikirkan bait2 kata yang ingin aku luahkan di blog ini.. macam2 yang ingin aku cerita.. namun sekarang otak aku bagaikan kurang berfikir dengan jauhnya... segala ilham2 yang ada terus hilang sedikit demi sedikit.. mungkin kerana aku sendiri.. oleh demikian, aku akan cuba buat otak aku mula kembali ligat memikirkan ilham2 yang akan menjadi peneman ku tatkala aku menuliskan duniawi yang penuh dengan fantasi dan reality... aku mahu orang baca cerita ku dengan penuh rasa dengan pelbagai emosi.. aku mahu orang rasa apa yang aku rasa.. aku mahu orang tau dan faham apa yang aku cuba sampaikan.. in shaa Allah...

Aku akan cuba menulis di blog ini dari semasa ke semasa.. aku akan cuba mengasah kembali otak aku agar tidak jauh ketinggalan dengan dunia semasa.. aku tak mahu cerita yang aku akan buat orang merasa aku ni ketinggalan.. aku mahu orang tau yang aku turut mengilhamkan cerita ku mengikut peredaran masa yang ada... akan tiada lagi telegram jika handpone menjadi pengganti... akan tiada lagi surat jika msg.. whatsap menjadi penghubung yang ringkas dan cepat... aku mahu madah aku menjadi madah bergaya dan bukannya madah berhelah.. 

Dunia.. kau akan terus kekal dengan pelbagai rahsia... 

No comments:

Post a Comment