Sunday, March 30, 2014




HARD TIME...

It's been 2 days... And I miss him so much.. Even selama ni kitorg mmg jauh pn tapi 2 hari ni lagi jauh... Naseb baik dia dtg jumpa jumaat malam tue.. Thank u coz being so lovely to me... Really appreaciate it...

Also... da 2 hari aku sembelit.. Hurmmm.. walaupun x sepatutnya aku cerita kat sini.. but so what.. this is my blog... so suka hati aku nak citer apa... Hurmmmm... and memang sangat x best.. yelah makan cam biasa tapi hasilnya dia xnk keluar.... actually die nak keluar tapi die segan sangat nak keluar... Uwarghhhhhhh... disebabkan die sangat pemalu nak keluar aku yg jadi mangsa coz terseksa.... 

Wednesday, March 26, 2014





RINDU..........

Ok tadi aku da luahkan perasaan yg x best.. Skang nak luahkan perasaan yg best.. Aku rindu kat dia.. Hehehee.. Gatal jek kan... Hurmm.. Mmg pun.. Haaahahaa... k ar.... salam

DON'T POINT YOUR FINGER TO OTHERS........

Aku paling pantang sebenarnya kalau orang itu cakap besar pastu cakap cam mulut bau longkang and xde otak cam otak kosong... Pastu keluar statement bangang pastu suka laga2kan orang lain.. Huish!!! aku kalo jumpa orang camni mmg xnk dekat... aku dengar or baca pasal orang camni pun da buat hati aku panas.. Apetah lagi kalo aku berhadapan dengan org camni....

Pastu aku paling pantang sebenarnya org yg suka cakap x serupa bikin.... kalau aku nak cakap pasal seseorang aku akan cuba letak diri aku kat tempat die.. sebab kita ni hanya melihat tapi kita x tau apa yang dia rase and apa yang dia tanggung.. so sebelum kau orang nak cakap pasal orang itu kau cuba letak diri kau dulu kat tempat dia pastu kau rase dulu apa yang dia rase then kau baru boleh cakap pasal dia... jangan cakap ikut sedap mulut kau jek.. Puih!!!




MH370 terkubur di lautan Hindi... Berita itu sangat menyedihkan semua.. setelah sekian lama mengikuti MH370 dan dengan harapan bahawa MH370 pulang semula telah lebur.. Ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada semua.. terutama keluarga mangsa...

Namun selagi bangkai MH370 tidak dijumpai dan mayat tidak ditemui.. tidak salah kita masih berharap agar keajaiban berlaku dengan izin Nya.. Insya Allah... Ya Allah.. berikan mereka petunjuk agar merungkai segala kemusykilan yang melanda kami semua...





MH370......

Minggu nie ada sesetengah stesen TV menyiarkan orang2 mengaji dan baca yasin serta Al-Fatihah sentiasa.. Aku kekadang turut serta baca... Tatkala aku mendengar orang mengaji aku rase sedey sangat.. sebak di hati ni hanya Allah sahaja yg tau... Hati aku rasa sayu sangat2... bayangkan aku ni hanya orang luar jek.. xde kene mengena dengan keluarga atau rakan mangsa MH370... Tapi kesedihan tu aku turut rase.. orang kata berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul....tapi dalam kesedihan ni pun ada yang perangai cam bangang... xde sensitiviti langsung... Hurmmmm.. orang camni memang kena bahan jek nie.. Geram kau tau kalo jumpa orang camni kan kat sebelah aku.. tau pe aku nak buat.. aku nk cubit die biar die rase sakit.. bila kau lalu tepi or belakang die aku nk cubit die biar die rase sakit.. tu baru sakit cubit.. kau da jerit camtu.. tapi rase sakit dan perit keluarga mangsa kau x fikir... otak busuk punya orang....tapi lantaklah orang camni kalau selagi x kena pada diri sendiri mmg x serik.. so aku dari orang2 yg lebih perihatin ni mestilah banyakkan sabar dan sedekahkan Al-fatihah... 

Tuesday, March 25, 2014




MH370.....

Akhirnya...pengakhiran sebuah cerita lagenda yang telah menjadi bualan mulut serata dunia... Kehilangannya telah menjadi satu fenomena yang sangat besar impaknya kepada negara kita.. namun pengakhirannya kita semua harus terima walaupun ramai yang menginginkan keajaiban berlaku.. Ini kerana sebarang kemungkinan masih boleh berlaku apabila masih belum menjumpai bangkai mahupun mayat mangsa MH370... 

MH370 akan terus menjadi sebutan hingga ke akhirnya... dia telah menjadi satu cerita lagenda dan berakhir dengan dengan tragedi... namun dengan kuasa Allah kita tidak tahu dengan apa yang terjadi.. Ramai still yang menganggap bahawa mereka masih hidup.. bukti sains kekadang boleh dikaburi.. kerana dengan izin PenciptaNya keajaiban boleh berlaku..

MH370 telah disahkan oleh Perdana Menteri kita bahawa telah terhempas di Lautan Hindi.. Malah sekarang tumpuan utama negara adalah untuk mencari bangkai pesawat serta Black Box yang akan merungkai segala-gala persoalan yang bermain di fikiran kita semua seluruh dunia.. tiada lagi pencarian mangsa... Pusara mereka di Lautan.. 

Sedey sangat bila dapat tau pasal berita nie semalam.. Aku tido awal sebenarnya.. Tapi si dia mengejutkan aku dan memberitahu khabar berita yg sangat sedey ini telah membuatkan aku sangat sedey.. bayangkan kelaurga mangsa yang telah menunggu untuk mendengar khabar berita baik selama 3 minggu namun akhirnya jadi begini.. ntahlah.. aku sendiri tak tahu nak cakap apa.. tapi doa aku sentiasa mengiringi mangsa MH370... 

Ya Allah... Engkau tempatkanlah mereka di tempat orang yang beriman.. Engkau lindungilah mayat mereka dan kuburkanlah mayat mereka dilautan itu dengan dikelilingi berjuta makhluk Mu di dasar lautan.. Semoga mereka bersemadi di sana dengan pelindungan Mu Ya Allah...

Friday, March 21, 2014



Assalamualaikum...

Bismillah.... Alhamdulillah.. Hari ini aku rase cam lain sangat dari hari2 aku yang sebelum ni... Aku terasa dan jadi macam orang yang lebih matang sedikit dari aku yang sebelum ini.. Hehehee.. Poyo jek ayat kan... Ini semua disebabkan semalam.. 

Apa yang terjadi semalam adalah hari yang sangat bahagia untuk aku.. dan hari yang mendebarkan juga.. 1st sebab pagi tu aku amik exam untuk 2nd time.. and I really hope I pass that exam.. da la yang paling kelakarnya aku boleh salah bawak buku.. siot jek.. tu jek da buat aku rase cam down gak ar sket.. pastu da start nervous... nak tulis nama pun shaking ok.. pastu bila bukak soalan jek.. fuh! otak terus blank.. tapi last2 aku jawab ikut logik dan aku harap benda tu membantu.. tapi andai kata kene lagi sekali amek exam aku da tau buku mane yg aku patut bawak.. huhuu.. tapi aku harap dengan doa emak abah.. orang tersayang n kawan2 dapat aku lulus exam tu.. amin... ini adalah perkara yang buat aku nervous..

Perkara yang buat aku happy plak apabila petang tu dapat berjumpa dengan si dia.. dan da alang2 jumpe tu bawak die jumpa emak abah sekali.. dan alhamdulillah.. setelah apa yang kami berdua bincangkan dari tahun lepas lagi akhirnya diluahkan kepada emak abah.. dan aku rase bersyukur sangat2 dia berani untuk berhadapan dengan emak abah untuk menghalalkan hubungan kami... dan aku rase bersyukur emak abah dapat menerima dia seadanya... waktu itu adalah saat yang terindah dalam hidup aku.. aku harap dapat stop and rewind balik waktu tersebut untuk diulang byk kali... hehehee.. tapi nnt cian dekat die.. da lah org tu neves gila nk berhadapan dengan emak abah.. smpaikan x tentu arah dia.. hehehee.. 

Allah telah merancang pertemuan kami berdua dan Allah telah mengaturkan perhubungan kami berdua dengan cantik sekali.. Terdapat manis dan pahit.. pelbagai rintangan dan cabaran.. apabila difikir balik semua yang terjadi ada hikmah dia.. dan aku bersyukur pada Allah atas apa yang Dia berikan kepada aku...

P/S : Aku mohon pada Mu Ya Allah agar Engkau berkati perhubungan kami berdua.. Engkau lindungi kami dari sebarang perkara yang tidak baik.. Engkau perlihara hubungan kami.. dia bukanlah lelaki pertama dalam hidup aku tapi dia lah yang akan menjadi lelaki terakhir dalam hidup aku hingga ke jannah.. Amin.....

Friday, March 14, 2014



Assalamualaikum...

Kehilangan pesawat MH 370 masih menjadi misteri.. semakin banyak spekulasi dikeluarkan... dan yg agak mengarut apabila cara menggunakan tikar, buah kelapa dan teropong telah menjadi bahan lawak malah menjadi bahan tontonan serata dunia.. sepatutnya benda itu tidak perlu menjadi tontonan dunia.. 

Masalah jerebu yang semakin teruk..

Masalah air yang semakin meruncit.. malah umah aku pn da start xde air.. Hurmmm.. terok lah kalo macam nie..

Semua terjadi dalam masa yg sama.. malaysia sedang menghadapi saat yg paling sukar apabila masalah pesawat MH 370... Jerebu dan masalah air menjadi bencana yg sangat terok.. Rakyat malaysia harus bersatu dalam menangani masalah ini.. 

Tuesday, March 11, 2014




Assalamualaikum...

Malam tadi aku aku tgk dan dengar temubual bersama bekas ketua juruterbang 777 MAS, iasitu Kapaten Noruddin... dan aku sangat2 bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya.. Sebagai Hamba Allah kita sendiri boleh berfikir akan kemungkinan yang terjadi.. betapa misterinya sesuata perkara itu hingga akal fikiran manusia ini langsung tiada jawapannya melainkan Yang Maha Mengetahui...

Apa yang berlaku adalah tragedi tapi dia telah menjadi suatu perkara fenomena apabila satu dunia sekarang ini sedang memperkatakan tentangnya.. Misteri kehilangan kapal terbang yang sangat besar telah menjadi satu perkara yang sangat misterikal.. 

Apabila teknologi canggih tidak mampu berbuat apa.. kita sebagai orang yang beriman yang berpegang teguh pada sunnah harus melihat dari satu sudut dimana apabila sains tidak mampu menemukannya maka kita harus merujuk kepada Pencipta sains tersebut..

Doa-doa orang yang beriman dan keluarga mangsa yang sekarang ini sangat2 dalam keadaan emosi dan doa-doa bagi semua umat islam akan menjadi suatu keajaiban yang akal manusia luar akan turut mengakuinya..

MH 370 akan menjadi satu lagendary dan fenomenal hingga ke akhir zaman sekiranya mereka pulang hidup bersama kapal terbang tersebut.. namun ia akan menjadi satu memoriable sekiranya ia pulang tidak bernyawa..

P/S : Doa aku akan sentiase mengiringi walau dimana pun ia berada sekarang.. Sekiranya di langit maka turunkanlah.. sekiranya di laut maka timbulkanlah.. sekiranya di darat maka tunjukkanlah...





Segala teknologi dan peralatan canggih  dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.

Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang 777 MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan.

"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.

"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.

"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.

"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.

"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.

Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.

"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.

"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.

Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002.

Sunday, March 9, 2014



Assalamualaikum..

Aku rase semua orang sudah tahu kejadian nahas pesawat MH 370 yang membawa penumpang seramai 239 penumpang.. Aku tahu berita ni pn petang semalam.. Al-maklumlah.. pagi semalam aku x sempat tgk berita pastu terus gi opiz .. pastu da petang tu baru aku tahu.. serius terkejut sangat.. kerana ia membabitkan rakyat Malaysia.. Kalau berita ni luar negara py aku x terase sangat.. tapi disebabkan ia melibatkan rakyat malaysia aku jadi rase sedey sangat dengan berita nie.. Segala kemungkinan ada.. Tapi kemungkinan besar ia terhempas di perairan vietnam.. tapi aku sangat berharap walaupun harapan itu kecil sgt yang ada keajaiban berlaku.. 

Tapi yang buat aku rase cam bengang sgt apabila ade yg sebok cerita pasal pilot yg mengatakan ini salah pilot. of coz selaku pilot die adalah tunggak utama dan nyawa penumpang di tangan pilot kerana dialah penggerak utama sesebuah penerbangan itu.. tapi kita sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada waktu tersebut.. ini kerana jika terdapat masalah teknikal pasti amaran awal sudah diberikan dalam radar dan smpai ke pengetahuan bahagian teknikal.. tapi ini die terus merah dan hilang dari radar dan langsung tidak dapat dikenal pasti kedudukan sebenar kapal terbang tersebut sehingga sekarang.. ada yang mengatakan ini ada unsur jenayah.. Wallahualam..

Aku berdoa agar Allah mempermudahkan pencarian mangsa dan aku sangat2 berharap agar keajaiban berlaku.. Semoga Allah melindungi segala-galanya..

P/S : Hati aku memang sedey sangat2... akurase for the 1st time aku terase sangat dengan berita macam ni...=( Just hope keluarga mangsa semua tabah.. Kita sama-sama mendoakan yang terbaik... Amin

Wednesday, March 5, 2014



8 MAC 2014

8 Mac 2014 adalah hari yang bermakna bagi seorang yang bergelar wanita.. Kerana pada hari itu adalah hari wanita sedunia.. dan semestinya aku harap dapat meraikan hari tersebut dengan orang tersayang.. tapi janganlah kita just raikan pada haritu jek.... perempuan mestilah perlu dihargai setiap hari.. especially seorang ibu.. seorang isteri dan wanita2 lain.. mereka berjuang untuk hidup jika tiada lelaki di sisi mereka.. ramai orang cakap perempuan ini insan yang lemah.. tapi sebenarnya dia insan yang lebih kuat....

P/S : Kan best dapat bunga and coklat nie.... Or gitar ke...

Monday, March 3, 2014


PENGALAMAN YANG SIOT JEK.....

Citer die semalam aku ngan member skool gi jalan2 kat jalan TAR.... Actually kitorg patut date hari sabtu tp disebabkan perot aku meragam so cancel and kitorg pun gi ari ahad.. aku ngan excited nk gi sebab nak shopping kat jalan TAR... Dah terbayang apa yang aku nk beli.. 1st smpai jek mmg tempat pertama yg kitorg tuju adalah MUAZ.. MUAZ kan de byk cawangan so kitorg move on yg kedua punya MUAZ pastu aku da pilih n bayar aku py barang pastu aku tunggulah member aku kat luar.. Tengah2 aku tunggu aku mula2 da nampak 2 org budak nie tp aku ingat diorg ni adik beradik de dak laki kat depan aku ni coz budak perempuan tu de letak buku ayat2 surah nie kat dalam budak laki tu so bajet tu adik2 laki tu.. pastu budak laki yg kecik tu pergi kat aku dia hulur benda tu tau.. aku mula2 aku geleng kepala cakap xnk.. pastu die kate seringgit... pastu aku pn kuar la duit kat poket aku time tu mmg de seringgit so aku hulu kat die and die bagi aku buku surah kecik tu.. pastu dak laki tu minta aku 5 ringgit.. aku da cam betol ke x budak nie.. mule2 minta aku seringgit pastu minta 5 ringgit plak.. pastu dak perempuan tu gi belakang die cakap nak 5 ringgit tok duit makan.. aku bukan nk berkira tau tapi cara diorang tu mmg agak KURANG AJAR.. Aku rase dia punya org tu yg suruh macam tu kot.. 

Aku cakap pe ngan die.. I already give u 1 ringgit.. nape nk minta 5 ringgit lg.. sekali dak perempuan tu sound aku.. die cakap pe tau ngan aku.. cakap melayu.. pastu aku cam da nk gelak sebenarnya tp aku takot sebab dak kecik kot yg peras ugut secara x langsung..pastukan aku cakap xde.. pastu aku gerak dak dua org tu nk follow aku.. budak perempuan tu cakap pe ntah dengan adik laki die pastu aklu gerak masuk dalam die nk follow.. pastu dak perempuan tu boleh tarik beg plastik barang aku.. Huish! time tu mmg aku angin sangat2.. berani die buat macam tu masalahnya.. Kurang ajar kan.. pastu aku sentap beg plastik aku aku cakap ngan.. Nak sy telefon polis ke? Pastu aku terus jek menonong masuk dalam.. aku x tengok da budak kecik 2 org tue.. naseb baik MUAZ tu ramai org so dak2 tu x leh nak masuk dalam.. kalo x smpai dalam kot die kejar aku nk kan duit tu.. Huish! serius pastu aku terus hilang mood.. badmood terus.. terus diam aku.. aku citer ngan mmeber aku... die tegur cakap terus diam nadiah.. Hahahaa.. Gile x terdiam.. 1st time in my life aku kena dengan budak kecik.. Seram siot...dibuatnya dia bawak geng ke or die tunggu aku kat luar ke.. pastu aku taruma nk jalan.. aku kepit jek kawan aku.. pastu aku cam trauma jek bile nmpk budak2 kecik takot terserempak dengan budak2 tu lg..

Tapi serius memang kurang ajarlah dak2 tue.. pandai diorang.. mula cakap seringgit pastu bila kt da bg nak 5 ringgit plak.. masalahnya budak2 camni mesti kena suruh py.. bukan x kesian and bukan nk berkira dengan budak2 tp masalahnya aku x boleh terima.. Umur dak2 tu aku rase dalam 6 7 tahun camtu.. diorang boleh sanggup nk tarik beg org.. kalo die tarik handbag aku time tu mmg nk kne dak2 tu.. naseb baik die tarik beg plastik.. tu kira da naseb baik aku x hayun beg tu kena die.. nnt bile aku da bagi 5 ringgit kang lg sorg nk 5 ringgit.. sebab die dua orang kan.. bukan boleh caya dak2 nie.. serius mmg terok sangat2.. just aku harap next time aku da x jumpa budak2 nie.. MENAKUTKAN ok..