Tuesday, March 25, 2014




MH370.....

Akhirnya...pengakhiran sebuah cerita lagenda yang telah menjadi bualan mulut serata dunia... Kehilangannya telah menjadi satu fenomena yang sangat besar impaknya kepada negara kita.. namun pengakhirannya kita semua harus terima walaupun ramai yang menginginkan keajaiban berlaku.. Ini kerana sebarang kemungkinan masih boleh berlaku apabila masih belum menjumpai bangkai mahupun mayat mangsa MH370... 

MH370 akan terus menjadi sebutan hingga ke akhirnya... dia telah menjadi satu cerita lagenda dan berakhir dengan dengan tragedi... namun dengan kuasa Allah kita tidak tahu dengan apa yang terjadi.. Ramai still yang menganggap bahawa mereka masih hidup.. bukti sains kekadang boleh dikaburi.. kerana dengan izin PenciptaNya keajaiban boleh berlaku..

MH370 telah disahkan oleh Perdana Menteri kita bahawa telah terhempas di Lautan Hindi.. Malah sekarang tumpuan utama negara adalah untuk mencari bangkai pesawat serta Black Box yang akan merungkai segala-gala persoalan yang bermain di fikiran kita semua seluruh dunia.. tiada lagi pencarian mangsa... Pusara mereka di Lautan.. 

Sedey sangat bila dapat tau pasal berita nie semalam.. Aku tido awal sebenarnya.. Tapi si dia mengejutkan aku dan memberitahu khabar berita yg sangat sedey ini telah membuatkan aku sangat sedey.. bayangkan kelaurga mangsa yang telah menunggu untuk mendengar khabar berita baik selama 3 minggu namun akhirnya jadi begini.. ntahlah.. aku sendiri tak tahu nak cakap apa.. tapi doa aku sentiasa mengiringi mangsa MH370... 

Ya Allah... Engkau tempatkanlah mereka di tempat orang yang beriman.. Engkau lindungilah mayat mereka dan kuburkanlah mayat mereka dilautan itu dengan dikelilingi berjuta makhluk Mu di dasar lautan.. Semoga mereka bersemadi di sana dengan pelindungan Mu Ya Allah...

No comments:

Post a Comment