Tuesday, March 11, 2014




Assalamualaikum...

Malam tadi aku aku tgk dan dengar temubual bersama bekas ketua juruterbang 777 MAS, iasitu Kapaten Noruddin... dan aku sangat2 bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya.. Sebagai Hamba Allah kita sendiri boleh berfikir akan kemungkinan yang terjadi.. betapa misterinya sesuata perkara itu hingga akal fikiran manusia ini langsung tiada jawapannya melainkan Yang Maha Mengetahui...

Apa yang berlaku adalah tragedi tapi dia telah menjadi suatu perkara fenomena apabila satu dunia sekarang ini sedang memperkatakan tentangnya.. Misteri kehilangan kapal terbang yang sangat besar telah menjadi satu perkara yang sangat misterikal.. 

Apabila teknologi canggih tidak mampu berbuat apa.. kita sebagai orang yang beriman yang berpegang teguh pada sunnah harus melihat dari satu sudut dimana apabila sains tidak mampu menemukannya maka kita harus merujuk kepada Pencipta sains tersebut..

Doa-doa orang yang beriman dan keluarga mangsa yang sekarang ini sangat2 dalam keadaan emosi dan doa-doa bagi semua umat islam akan menjadi suatu keajaiban yang akal manusia luar akan turut mengakuinya..

MH 370 akan menjadi satu lagendary dan fenomenal hingga ke akhir zaman sekiranya mereka pulang hidup bersama kapal terbang tersebut.. namun ia akan menjadi satu memoriable sekiranya ia pulang tidak bernyawa..

P/S : Doa aku akan sentiase mengiringi walau dimana pun ia berada sekarang.. Sekiranya di langit maka turunkanlah.. sekiranya di laut maka timbulkanlah.. sekiranya di darat maka tunjukkanlah...


No comments:

Post a Comment