Tuesday, August 11, 2009

teka-teki Imam Ghazali

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
  • Mati.. sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185)
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
  • Masa lalu.. walau apapun yang terjadi kita tetap tidak akan dapat kembali ke masa lalu. oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan penuh kesyukuran.
3. Apa yang paling besar di dunia ini?
  • Hawa nafsu.. (Surah Al'Araf:179) maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
4. Apa yang paling berat di dunia ini?
  • Memegang amanah.. (Surah Al'Azab:72) tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. tapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah.
5. Apa yang paling ringan di dunia ini?
  • Meninggalkan solat.. gara-gara pekerjaan @ urusan dunia kita tinggalkan solat.
6. Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
  • Lidah manusia.. kerana lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
" Sampaikanlah walau satu ayat "

1 comment:

  1. kite sampai kan kat korang.. korang sampaikanlah kat orang lain.. kita sampai menyampaikanlah watikah ini.. agar kita sama-sama beringat..

    ReplyDelete