Monday, August 24, 2009

Sajak ' Waktu '

Berjalan dalam kesedihan..
hayunan kaki sangat perlahan..
lambat masa berlalu..
'tik' 'tok' 'tik' 'tok'.. jam berdetik..
bagai enak mentertawakan aku yang muram..

kegelapan di waktu siang mengganti matahari kepada bulan..
tinggal bintang tidak kelihatan..

aku heran..
bagaimana manusia kerdil boleh mentertawakan hidup ini yang sungguh tidak adil..
adakah kegembiraannya hanya pura-pura..
bagai ingin menunjuk-nunjuk kepada dunia yang dia sangat bahagia..
sedangkan hakikatnya dia pun sedih..

hinanya diri itu..
kerana terlalu berpura-pura..
hinanya diri ini..
kerana aku pun sibuk memperkatakan dirinya..
diriku dan dirinya sama sahaja..

aku membuang waktu ku yang kosong..
aku mengisi waktu ku dengan omongan puaka..
puaka itu bukan pada ayat..
kasarnya bahasa perempuan itu..
mengatakan palat sungguh waktu itu..

kenapa waktu.. bukan masa..
kenapa kau.. bukan aku..

1 comment:

  1. suka tulis puisi n sajak.. a lot of life issue becoming.. suka membicarakan tentang kehidupan.. in my own thought..

    ReplyDelete