Wednesday, November 6, 2013



Assalamualaikum..

Hari ini aku nak cerita pasal satu perangai yang agak x berapa bagus untuk dipraktikan bagi semua orang.. Huhuu.. Dan perangai tu aku dapat baru jek beberapa bulan yang lepas.. Hehehee.. and serius aku cakap memang malu gile bila terbuat perangai buruk tu...=D Ok cerita dia camni.. Sejak beberapa bulan yang lepas hinggalah sekarang aktiviti malam aku sudah berubah sedikit.. kalau dulu sebelum kol 11.30 aku da tido smpai kol 5 lebih baru bangon.. Tapi sejak beberapa bulan yang lepas waktu tido aku agak singkat.. so bila waktu tido aku x menentu jadi aku da mula jadi cam kakak aku.. asal baring jek bile tempat selesa and sejok kompom lelap punya.. kalau dulu aku selalu ngata kakak aku kuat tido tapi sekarang aku plak yang kuat tido.. Hahahaa.. So pada suatu hari itu aku tengah berborak ngan dia tetiba ntah camne aku boleh terlelap masa tengah berborak ni.. tapi yang pasti bukan aku lah yg tengah bercakap tapi dia.. tetiba kan aku tersedar ngan earphone kat telinga pastu senyap je tau.. aku kalau terkejot sendiri camtu mesti jantung aku degup laju tau.. aku pun panggil... "awak.." pastu dia pun sahut.. "Ye..." pastu bila cakap yang aku da tertido almost 15 minit aku cam... Hah! 15 minit aku tertido.. Pastu aku cakap nape awak x kejot ke or letak phone ke.... Die de panggil kot just aku jek yg x dgr and dia buat loudspeaker and sambil2 tu boleh buat keje lain lg... Hehehee.. and part yang paling malu bile dia cakap die dengar aku berdengkur tapi bukan la yg kuat tu just yang dengkur halus and bunyi nafas aku kuat coz benda tu dekat ngan mulut aku.. Huhuuu.. serius malu gile.. Tu dia cakap yang nila pertama kali bila tgh cakap ngan orang dan orang tu tido.. Hahahaa.. aku just gelak jelah.. da malu punya pasal.. tu cakap ngan dia lamanya tunggu aku sampai 15 minit. dia cakap kalau tak dia da nak letak da time tu tapi tetiba terdengar aku panggil dia bila da sedar tu... Hehehee..

No comments:

Post a Comment